Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penggantungan Messi tidak adil – Barca

    BARCELONA, 30 Mac – Penggan-tungan empat aksi antarabangsa terhadap Messi (gambar) kerana menghina pembantu pengadil ‘tidak adil dan tidak setimpal’, kata kelabBarcelona semalam.

    “FC Barcelona menyuarakan rasa amat terkejut dan kemarahan terhadap keputusan Jawatankuasa Disiplin FIFA menggantung Leo berikutan aksi kelayakan Piala Dunia FIFA antara Argentina dan Chile,” kata Barca dalam satu kenyataan.

    “Kelab itu menggambarkan penggantungan empat perlawanan yang dikenakan ke atas pemain dari Argentina itu adalah tidak adil dan tidak setimpal.

    “Akhirnya, FC Barcelona berharap untuk mengulangi sokongan kepada Leo Messi, seorang pemain contoh dari segi sikap di dalam dan luar padang.”

    FIFA menggantung Messi bagi empat daripada lima baki perlawanan Argentina dalam aksi kelayakan selepas menghina pengadil dalam kemenangan ke atas Chile minggu lalu.

    Presiden La Liga Sepanyol, Javier Tebas memberitahu sidang akhbar di Madrid semalam dia merasakan hukuman itu terlalu berat.

    “Anda perlu meletakannya dalam konteks, dalam satu aksi kelayakan paling penting Piala Dunia, seorang pemain boleh terdedah kepada kemarahan,” kata Tebas walaupun mengakui dia tidak sedar apa yang dikatakan Messi kepada pengadil.

    “Ia jelas dibesar-besarkan. Bagi saya, penggantungan satu perlawanan atau denda berat adalah lebih sesuai,” jelasnya.

    Pengumuman FIFA itu dibuat beberapa jam sebelum Messi dijadualkan menerajui Argentina menentang Bolivia Selasa lalu.

    Argentina tewas 2-0 kepada Bolivia yang jelas berdepan tamparan kepada kempen kelayakan Piala Dunia 2018 mereka.

    Messi juga tidak akan beraksi dalam persaingan Argentina di Uruguay di gelanggang sendiri 31 Ogos, menentang Venzuela pada 5 September dan menentang Peru pada 5 Oktober. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda