Wednesday, March 12, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penggantungan tiga bulan Sinner dikecam

    LONDON, 16 FEB – Pemain tenis ranking teratas, Jannik Sinner, yang menerima tawaran penggantungan doping selama tiga bulan, dikritik oleh rakan-rakan profesional tenisnya kelmarin.

    Sinner dan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) mencapai penyelesaian mengenai penggantungan tersebut, yang bermaksud dia boleh bermain semula mulai 5 Mei, tidak akan kehilangan ranking No. 1, tidak akan terlepas mana-mana Kejohanan Grand Slam dan tidak akan kehilangan gelaran atau wang hadiah yang diperolehnya selepas ujian positif untuk steroid anabolik terlarang pada Mac lalu.

    Juara Grand Slam tiga kali, Stan Wawrinka, menulis di X, “Saya tidak lagi percaya pada sukan yang bersih…”

    “Keadilan dalam tenis tidak wujud,” kata naib juara Wimbledon, Nick Kyrgios, di X.

    “Jelas sekali pasukan Sinner telah melakukan segala-galanya untuk hanya menerima penggantungan tiga bulan, tiada gelaran yang hilang, tiada wang hadiah yang hilang.

    Jannik Sinner dari Itali ketika menentang Alexander Zverev dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki di kejohanan tenis Terbuka Australia di Melbourne, Australia, 26 Januari. – AP

    Bersalah atau tidak? Hari yang menyedihkan untuk tenis.”

    Pemain nombor lapan dunia, Daniil Medvedev, yang bercakap selepas tewas pada separuh akhir Terbuka 13 di Marseille, berkata, “Saya harap semua orang boleh berbincang dengan WADA dan membela diri mereka seperti Jannik Sinner dari sekarang.”

    Bekas pemain nombor satu Britain, Tim Henman, memberitahu Sky Sport, “Apabila saya membaca kenyataan pagi ini, ia kelihatan terlalu mudah.

    “Jelas sekali, baru sahaja memenangi Terbuka Australia, tidak beraksi selama tiga bulan dalam kejohanan dan layak bermain di Roland Garros, masa penggantungan ini nampak amat baik untuk Sinner, tetapi saya tetap fikir ia memberikan rasa yang tidak menyenangkan untuk sukan ini.”

    Persatuan Pemain Tenis Profesional (PTPA), yang diasaskan oleh Novak Djokovic dan Vasek Pospisil, turut mengeluarkan kenyataan mengkritik pihak yang terlibat dalam keputusan itu: ATP, WTA, Grand Slam, WADA dan Agensi Integriti Tenis Antarabangsa. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda