Thursday, May 15, 2025
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penggiat seni tanah air serlah sentuhan di Yogyakarta

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    Demi cinta pada seni artistik, lapan pengkarya tanah air terus melakar perjuangan tanpa henti membawa nama Negara Brunei Darussalam ke persada antarabangsa.

    Mereka membawa semangat memperkenalkan seni lukis dengan menyertai Festival ArtJog yang tidak asing di Yogyakarta, Indonesia di mana hasil sentuhan istimewa mereka dipamerkan di Galeri Kontemporari Apel Watoe, Magelang, iaitu sebuah galeri yang dimiliki dan diarahkan oleh Deddy Paw, baru-baru ini.

    Karya mereka dipamerkan di bawah tema Freedom and Love: Bond Voyage 3rd Edition International Art Exhibition dengan hasil sentuhan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hamlatul Arsy Mulia sendiri berjudul Let the Ocean Take Me menjulang anugerah Karya Seni Terbaik dengan gaya lakaran yang unik dan menawan.

    “Mewakili negara, kami begitu berbangga di mana karya-karya kami bukan hanya mampu memukau para pengunjung bahkan satu penghormatan yang tidak terhingga apabila berjaya membawa pulang anugerah berprestij di bawah kategori Karya Seni Terbaik,” kata Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hamlatul Arsy Mulia.

    Selaku ketua delegasi tanah air, Yang Amat Mulia berharap dapat mengukuhkan kedudukan penggiat seni tempatan agar semakin bersinar di lingkungan masyarakat dan antarabangsa.

    YAM Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bulqiah (tiga dari kiri) dan delegasi tanah air bergambar bersama trofi anugerah Karya Seni Terbaik. – Gambar serahan YAM Pengiran Anak Hamlatul Arsy Mulia
    Yogyakarta terkenal dengan pelbagai keunikan seni seperti seni pembuatan batik. – Gambar serahan YAM Pengiran Anak Hamlatul Arsy Mulia
    Festival ArtJog memperkayakan pengalaman para delegasi seni artistik negara bersama artis-artis penggiat seni luar negara. – Gambar serahan YAM Pengiran Anak Hamlatul Arsy Mulia
    Delegasi negara turut mengambil peluang meneroka tapak ikonik bandar termasuk Candi Borobudur. – Gambar serahan YAM Pengiran Anak Hamlatul Arsy Mulia
    Gambar serahan YAM Pengiran Anak Hamlatul Arsy Mulia
    Gambar serahan YAM Pengiran Anak Hamlatul Arsy Mulia

    Turut hadir mewakili negara ke festival berkenaan ialah YAM Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bulqiah bersama Dayangku Selinna binti Pengiran Dato Paduka Haji Asmali, Awang Mohd Hanif Ridhwan, Awang Muhd Zahidi bin Bikir, Awang Muhd Afham bin Haji Umar, Awang Khairol Sharifkhan dan Pengiran Abdul Wahab Hassan Al-Abbas.

    Penyertaan delegasi merangkumi golongan pelukis veteran mahu pun muda dengan keunikan tersendiri sebagai artis kontemporari dan digital pasti mewujudkan setiap detik perjalanan itu lebih daripada sekadar pameran seni, bahkan ia mampu menyelami ke dalam nadi budaya Yogyakarta dan nilai-nilai sejarah.

    “Kami pasti mengambil peluang untuk meneroka tapak ikonik bandar, termasuk Candi Borobudur yang mengagumkan dan mendaki Punthuk Setumbu. Berjalan di tengah-tengah keajaiban seni bina, para artis mendapat inspirasi dan kisah-kisah di sebaliknya. Perjalanan ke Yogyakarta menjadi sebuah kenangan manis, di mana bandar yang terkenal dengan kekayaan warisan budaya dan juga pelbagai keunikan seni,” ujarnya.

    Tambah Yang Amat Mulia lagi, peluang berinteraksi bersama artis-artis tempatan di Yogyakarta benar-benar memperkayakan pengalaman mereka bersama-sama memiliki misi untuk memupuk suasana seni persahabatan dan pertukaran budaya.

    Selain itu, festival juga didedahkan dengan bengkel dan perbincangan kolaboratif bagi menerokai pengalaman dan pengetahuan penuh bermakna daripada segi teknik, idea dan perspektif artistik.

    “Dengan anugerah ini, ia bukan sahaja mengiktiraf bakat luar biasa tetapi juga mampu membakar semangat berjuang dengan pencapaian positif demi tanah air sekali gus membantu meningkatkan lagi tumpuan persada seni yang sedang berkembang,” ucapnya.

    Anugerah berkenaan telah diadili oleh Dr Oei Hong Djien yang terkenal sebagai pengumpul terbesar seni moden dan kontemporari Indonesia di dunia. Beliau adalah pengasas OHD Museum of Modern and Contemporary Indonesian Art yang menempatkan koleksi cemerlang beliau kira-kira 1,500 keping, termasuk lukisan, arca dalaman dan luaran, pemasangan dan seramik.

    Selain itu, muzium yang terletak di Jawa Tengah, Indonesia, menempatkan dalam anggaran 2,000 seni lakaran, lukisan dan cetakan. Beliau juga dilantik sebagai penasihat kepada The National Art Gallery of Singapore untuk masyarakat Indonesia. Beliau juga pernah menjadi Penasihat Kehormat dan Ahli Lembaga Pengarah Singapore Art Museum dan kurator Muzium H. WIdayat. Kini beliau merupakan Dewan Pembina Yayasan Biennal Yogyakarta.

    Yang Amat Mulia merakamkan penghargaan yang tidak terhingga dengan sambutan festival tersebut.

    “Pengalaman di Yogyakarta bukanlah sesuatu yang transformatif bahkan sentuhan tenaga seni artistik, kekayaan budaya dan hubungan yang telah kami buat selamanya akan membentuk perjalanan seni kami.

    “Anugerah sedemikian pastinya memiliki kekuatan seni sebagai bahasa universal yang melampaui sempadan dan menyatukan budaya. Anugerah ini tidak hanya milik saya atau kami; ia milik Brunei dan kami berbesar hati telah mewakili negara pada platform global ini,” katanya di akhir pertemuan dalam talian.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/