Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Penggodam bocorkan data pesakit

    ÉVRY, PERANCIS, 26 SEPT – Penggodam yang melumpuhkan hospital Perancis dan mencuri banyak data bulan lalu telah membocorkan rekod peribadi pesakit dalam talian, menurut para pegawai.

    Penyerang siber itu menuntut wang tebusan berjuta-juta dolar dari hospital Corbeil-Essonnes dekat Paris sebulan yang lalu, tetapi institusi itu enggan membayar.

    Hospital itu berkata penggodam itu sekarang telah ‘membuang’ imbasan perubatan dan analisis makmal bersama nombor keselamatan negara pesakit ke sebuah laman ‘dark web’ yang boleh dimuat turun menggunakan perisian khas.

    “Saya mengecam sekeras-kerasnya pendedahan data yang digodam itu,” menurut Menteri Kesihatan, Francois Braun dalam Twitternya, kelmarin.

    Hospital di seluruh dunia turut berdepan serangan daripada kumpulan ransomware, terutamanya sejak pandemik. – AFP

    Gambar fail 26 Ogos menunjukkan Hospital CHSF di Corbeil-Essonnes yang data pesakitnya telah digodam. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...