Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Penggodam mula bocorkan rekod kesihatan

    SYDNEY, 9 NOV – Penggodam hari ini mula membocorkan rekod perubatan sensitif yang dicuri daripada syarikat insurans kesihatan utama Australia yang mana perdana menteri negara itu antara salah seorang daripada hampir 10 juta pelanggannya.

    Medibank memberitahu pelabur bahawa ‘sampel’ data pelanggan yang terpilih telah disiarkan dalam ‘forum laman sesawang gelap’ hari ini selepas ia enggan membayar tuntutan wang tebusan kumpulan tersebut.

    Data tersebut termasuk nama, tarikh lahir, alamat, nombor pasport dan maklumat mengenai tuntutan perubatan yang diasingkan kepada senarai ‘nakal’ dan ‘baik’.

    Beberapa senarai ‘nakal’ mempunyai kod angka yang menghubungkannya dengan penagih dadah, penyalahgunaan arak dan jangkitan HIV.

    Contoh, satu rekod membawa satu entri yang bertulis: “p_diag:F122”.

    F122 bersamaan dengan ‘kebergantungan kanabis’ di bawah Klasifikasi Penyakit Antarabangsa, yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Medibank ialah syarikat insurans kesihatan swasta terbesar di Australia dan penggodaman itu berkemungkinan melibatkan beberapa individu paling berpengaruh dan kaya di negara itu.

    Perdana Menteri Anthony Albanese berkata beliau sendiri adalah pelanggan Medibank dan serangan itu adalah ‘amaran’ untuk korporat Australia.

    Suspek penggodam masih belum dikenal pasti secara terbuka. – AFP

    Paparan dari telefon dan komputer dari laman web Medibank Private di Sydney pada 8 November. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...