Monday, May 29, 2023
24.3 C
Brunei

    -

    Penggodam sasar infrastruktur kritikal AS

    WASHINGTON, 25 MEI – Agensi perisikan Barat hari ini mengeluarkan nasihat bersama mengenai penggodam siber yang dikatakan ditaja China kini menyasarkan infrastruktur kritikal Amerika Syarikat (AS) dan membantu pengguna mengenal pasti aktiviti itu pada peranti masing-masing, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Agensi di AS, Kanada, Australia, New Zealand dan Britain mengeluarkan nasihat bersama dan berkongsi butiran teknikal mengenai ‘kelompok aktiviti dikesan baru-baru ini dikaitkan dengan penggodam tajaan Republik Rakyat China (PRC) dikenali sebagai Volt Typhoon’.

    “Rakan kongsi sektor swasta telah mengenal pasti aktiviti ini menjejaskan rangkaian merentas sektor infrastruktur kritikal AS dan agensi yang berkuasa percaya pelaku itu boleh menggunakan teknik sama terhadap sektor berkenaan dan sektor lain di seluruh dunia,” menurut nasihat itu.

    Sementara itu, Microsoft dalam catatan blog hari ini berkata ia ‘mendedahkan aktiviti jahat tersembunyi yang disasarkan dan tertumpu pada akses kelayakan pasca kompromi dan penemuan sistem rangkaian dalam organisasi infrastruktur kritikal di AS’.

    Menurut Microsoft, Volt Typhoon ‘biasanya menumpukan pada pengintipan dan pengumpulan maklumat’. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China sedia hantar orang awam pertama ke angkasa lepas

    CHINA, 29 MEI - China akan menghantar angkasawan awam pertamanya ke angkasa lepas sebagai sebahagian daripada misi kru ke stesen angkasa Tiangong, esok, ketika...
    - Advertisment -