Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penggodam tuntut AS$10 juta

    SYDNEY, 10 NOV – Penggodam hari ini menuntut AS$10 juta untuk menghentikan pembocoran rekod perubatan yang dicuri daripada sebuah syarikat penjagaan kesihatan utama Australia, ketika mereka memuat naik maklumat selanjutnya mengenai pelanggan mereka.

    Medibank minggu ini mengesahkan penggodam mengakses maklumat milik 9.7 juta pelanggan dan bekas pelanggannya, termasuk Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese.

    Hari ini, penggodam telah memuat naik fail kedua ‘laman sesawang gelap’, dengan maklumat lebih sensitif mengenai pelanggan Medibank. Mereka juga setuju membuat tawaran diskaun tebusan $1 untuk seorang pelanggan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda