Saturday, April 19, 2025
26.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penggodam tuntut AS$70 juta dalam serangan ‘ransomware’

    PARIS, 6 JULAI – Penggodam hari ini menuntut AS$70 juta bitcoin sebagai tebusan bagi data yang dicuri ketika serangan terhadap syarikat teknologi maklumat (IT) Amerika Syarikat (AS).

    Perbuatan mereka menyebabkan ratusan pasar raya milik syarikat dari Sweden terpaksa di tutup dan penyelidik percaya lebih daripada 1,000 syarikat mungkin terkesan.

    Serangan penggodam itu disasarkan terhadap firma Kaseya berpangkalan di Miami, AS, yang menyediakan perkhidmatan IT kepada sekitar 40,000 perniagaan di seluruh dunia. Ahad lalu, FBI memberi amaran bahawa skala serangan ‘ransomware’ berbentuk digital di mana penggodam menyulitkan data mangsanya dan kemudian menuntut wang untuk akses dipulihkan, amat besar sehingga sukar mengawal setiap mangsanya.

    Jurucakap rangkaian pasar raya Coop Sweden, Kevin Bell, berkata syarikat berpangkalan di Sweden itu adalah antara mangsa paling berprofil tinggi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda