Monday, February 10, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengguna AS mengadu, harga telur melambung tinggi

    WASHINGTON, 9 FEB – Kemunculan semula selesema burung, yang pertama kali melanda Amerika Syarikat (AS) pada 2022, telah menjejaskan ladang ayam dengan teruk, menyebabkan harga telur melambung tinggi dan mengejutkan pengguna yang terbiasa membeli bahan mentah itu hanya dengan beberapa dolar.

    Di Washington dan pinggir bandarnya, rak telur pasar raya kini sering kosong, atau sering ketiadaan stok. Sesetengah kedai mengehadkan bilangan karton yang boleh dibeli oleh setiap pelanggan.

    “Ia semakin mahal,” kata pelajar berusia 26 tahun, Samantha Lopez kepada AFP ketika dia membeli-belah di sebuah pasar raya di ibu negara AS. “Agak sukar… Bajet saya untuk pembelian makanan sangat terhad.”

    Keadaan itu hampir sama berlaku di negeri selatan Florida. “Telur adalah penting dan sangat berkhasiat, tetapi saya berasa sukar utnuk membelinya kerana ia sangat mahal,” kata penduduk Miami, Blanche De Jesus.

    Sebagai respons terhadap para pengguna yang marah, sebuah pasar raya Washington telah memberikan penjelasan, ‘mereka mungkin mengetahui kenaikan harga telur pada masa ini disebabkan oleh wabak selesema burung baru-baru ini di Midwest, pusat pertanian negara itu.

    Lebih 21 juta ayam bertelur telah dimatikan tahun ini kerana penyakit itu, menurut data yang diterbitkan Jumaat lalu oleh Jabatan Pertanian AS. Kebanyakannya berada di negeri Ohio, North Carolina dan Missouri. – AFP

    Gambar menunjukkan rak telur kelihatan kosong di Safeway pada 27 Januari di Seattle. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda