Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengguna AS tanggung lebih separuh kos tarif

    NEW YORK, 14 OKT – Pengguna Amerika Syarikat (AS) dijangka menanggung lebih separuh daripada kos tarif yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump tahun ini, menurut laporan penganalisis Goldman Sachs.

    Laporan yang diterbitkan Ahad lalu menganggarkan menjelang akhir tahun, 55 peratus kos tarif akan ditanggung oleh pengguna AS, 22 peratus oleh perniagaan AS, 18 peratus oleh pengeksport asing, manakala baki lima peratus akan dielakkan.

    “Pada masa ini, perniagaan AS berkemungkinan menanggung bahagian kos yang lebih besar kerana sebahagian tarif baru sahaja berkuat kuasa dan memerlukan masa untuk menaikkan harga kepada pengguna serta merundingkan harga import yang lebih rendah dengan pembekal luar negara,” menurut laporan itu.

    Berbeza dengan 2019, keseluruhan tarif masih belum dipindahkan kepada pengguna kerana,  “syarikat mungkin menunggu lebih lama kali ini” sebelum menaikkan harga, bagi melihat sama ada tarif akan kekal susulan cabaran undang-undang yang sedang berjalan, kata ahli ekonomi.

    Menurut laporan berkenaan, cukai tarif AS telah meningkatkan harga perbelanjaan penggunaan peribadi sebanyak 0.44 peratus setakat tahun ini, dan dijangka mendorong kadar inflasi utama kepada tiga peratus menjelang Disember. – Bernama

    Seorang pekerja mengalihkan kotak di sebuah gudang di Santa Cruz, California pada 10 September. Pengguna AS tanggung lebih separuh kos tarif.  – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda