Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengguna dilindungi daripada amalan tidak adil

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Perintah Perlindungan Pengguna (Perdagangan Adil), Seksyen 4, melindungi pengguna daripada amalan-amalan yang tidak adil seperti mengelirukan pengguna, membuat tuntutan palsu dan mengambil kesempatan ke atas pengguna.

    Kementerian Kewangan dan Ekonomi dalam kenyataannya hari ini, menyarankan kepada para pengguna yang menghadapi amalan tidak adil supaya menyelesaikan isu dengan perniagaan terlebih dahulu bersama-sama dengan bukti pembelian.

    Sekiranya masalah masih gagal diselesaikan, pengguna dialu-alukan untuk membuat aduan melalui saluran rasmi Jabatan Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna iaitu melalui aplikasi PenggunaBijak, Talian Darussalam 123 dan consumercomplaint@jpes.gov.bn

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda