Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengguna Gmail alami serangan phishing

    SAN FRANCISCO, 4 Mei – Pengguna Gmail pada Rabu diserang menggunakan phishing bertujuan untuk melumpuhkan pembekal perkhidmatan Google, lapor agensi berita China Xinhua.

    Amalan pishing yang biasa apabila serangan dilakukan dengan menghantar e-mel kepada pengguna Gmail dan penyerang berpura-pura menjadi seseorang yang dikenali.

    Bagaimanapun, serangan kali ini tidak seperti amalan biasa phishing, kali ini serangan dilakukan dengan menghantar e-mel berbentuk jemputan untuk menyertai Google Doc.

    Sebaik pengguna menekan pautan Google Doc dalam e-mel phishing, pengguna akan dibawa ke halaman Google.com dan kemudian diminta memberi kebenaran membolehkan penyerang akses ke akaun pengguna sekaligus dapat mengesan maklumat dan e-mel kenalan.

    Dalam satu kenyataan Google berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mencegah serangan seperti itu daripada berlaku lagi.

    Setakat ini tiada laporan diterima mengenai berapa ramai pengguna yang terjejas. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda