Tuesday, January 28, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengguna media sosial bawah umur perlu kebenaran ibu bapa

    PARIS, 3 MAC – Dewan Rakyat Perancis pada Khamis meluluskan bacaan pertama rang undang-undang mengenai pengguna rangkaian sosial dalam kalangan remaja berumur bawah 15 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa, lapor Sputnik.

    Rang undang-undang itu diluluskan menerusi 82 undi menyokong manakala dua lagi membantah. Buat masa ini pengguna media sosial seper-ti TikTok dan Snapchat mesti berumur berumur 13 tahun ke atas.

    Bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak mendakwa mereka lebih tua daripada usia sebenar semasa mendaftar untuk aplikasi rangkaian sosial.

    Sebanyak 82 peratus kanak-kanak berumur 10 hingga 14 tahun kerap menghabiskan masa dalam talian tanpa pengawasan ibu bapa mereka.

    Rang undang-undang itu mesti diluluskan oleh Senat Perancis sebelum ia boleh dikuatkuasakan. Pada Disember tahun lalu, beberapa gabenor Amerika Syarikat (AS) melarang pegawai negeri menggunakan TikTok pada peranti mereka dan di premis negeri.

    Institusi Kesatuan Eropah turut mengikuti langkah yang sama pada awal tahun ini.

    Pada Rabu, jurucakap kerajaan Perancis, Olivier Veran berkata Presiden Emmanuel Macron dan semua menteri Kabinet telah memadamkan aplikasi TikTok pada telefon bimbit rasmi mereka atas faktor kebimbangan privasi pengguna. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda