Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengguna perkhidmatan pelancongan digital bertambah

    KUALA LUMPUR, 28 JULAI – Perkhidmatan pelancongan digital menyaksikan peningkatan dalam kalangan pengguna terutama yang tinggal di kawasan bandar, dengan tujuh daripada 10 pengguna digital bandar di Malaysia menggunakan perkhidmatan berkenaan.

    Kategori itu dijangka berkembang sebanyak 56 peratus tahun ke tahun dan menyumbang AS$8 bilion (RM36.18 bilion) kepada ekonomi digital Malaysia menjelang 2025.

    Pengarah Serantau, Indonesia dan Malaysia Google Cloud, Megawaty Khie berkata pemain dalam ekosistem pelancongan tidak boleh terlepas pandang kepentingan penawaran perkhidmatan digital yang sentiasa aktif, ringkas, diperibadikan dan selamat.

    Beliau berkata trend carian Google bagi tempoh 16 Julai 2022 hingga 15 Julai 2023 mencadangkan bahawa industri berkaitan boleh mengambil peluang yang ditawarkan oleh pemulihan pelancongan Malaysia.

    “Di Malaysia, permintaan perjalanan udara masuk antarabangsa penerbangan oleh bukan pemastautin ke sesebuah negara mengalami peningkatan besar-besaran berdasarkan jumlah carian Google bagi tempoh 1 Ogos 2022 hingga 30 Jun 2023.

    Pelancongan digital merujuk kepada penggunaan peralatan digital untuk mengatur, mengurus dan menikmati pengalaman perjalanan. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda