Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengguna perlu jelas khasiat kandungan susu sebenar

    KENINGAU, 26 Julai – Ramai rakyat Malaysia tidak faham mengenai kandungan susu yang berkhasiat sehingga menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada pelbagai risiko yang membantutkan kecergasan otak dan tumbesaran.

    Jutawan tenusu negeri ini Datuk Yap Yun Fook berkata penerangan jelas mengenai kaedah penyediaan makanan dan minuman yang praktikal kepada masyarakat, khususnya kanak-kanak adalah sangat penting.

    “Proses pembesaran kanak-kanak yang meminum susu rendah lemak tidak seimbang, selain daya pemikiran mereka tidak cergas. Susu rendah lemak disediakan melalui pengasingan protein dan kalsium yang sepatutnya sangat perlu kepada mereka yang sedang membesar.

    “Kanak-kanak yang membesar memerlukan protein untuk tubuh badan, otak dan darah…jika tidak ada protein, manusia tidak ada darah,” katanya.

    Beliau yang juga pemilik syarikat Yun Fook Resources berkata demikian kepada Bernama, selepas menyampaikan taklimat kepada 98 pengetua dan guru besar yang melawat ladang milik kilang tersebut di sini, semalam.

    Yap juga menasihatkan agar orang ramai tidak mudah terpedaya dengan pelbagai iklan yang menyebabkan mereka mudah tertipu dan menjadi mangsa. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda