Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pengguna T-Mobile alami gangguan perkhidmatan di seluruh AS

    BELLEVUE, WASH, 14 FEB – Pengguna pembekal tanpa wayarless, T-Mobile US Inc. melaporkan mereka mengalami gangguan perkhidmatan yang meluas di AS kelmarin, menurut laman sesawang yang menjejaki gangguan perkhidmatan.

    Siaran di Downdetector.com dan Product-Reviews.net menunjukkan gangguan perkhidmatan T-Mobile di beberapa kawasan di negara tersebut. Ramai pengguna Twitter juga melaporkan gangguan tersebut.

    Banyak siaran oleh pengguna mengatakan perkhidmatan mereka telah ditukar kepada “mod SOS,” bermakna mereka tidak disambungkan terus ke rangkaian tetapi masih boleh membuat panggilan kecemasan.

    Presiden Teknologi T-Mobile, Neville Ray mengeluarkan kenyataan mengenai gangguan tersebut menerusi halaman Twitter, hari ini.

    “Kami telah melihat peningkatan yang ketara dan beroperasi pada tahap yang hampir normal,” kata Ray. “Pasukan kami terus memantau dan kami amat menghargai kesabaran semua orang. Kami memohon maaf atas sebarang kesan yang mungkin ditimbulkan oleh isu ini kepada pelanggan kami.”

    Syarikat itu tidak segera memberikan butiran lanjut tentang punca atau tahap gangguan itu.

    Downdetector.com menyediakan carta aduan perkhidmatan penjejakan dalam tempoh 24 jam sebelumnya yang menunjukkan kemuncak lebih daripada 69,000 dilaporkan mengalami gangguan dalam tempoh dua jam.

    Komen yang disiarkan laman itu adalah daripada pengguna yang mengatakan mereka berada di Arizona, California, Colorado, Florida, Hawaii, Kansas, Nebraska, North Carolina, Oklahoma, Texas dan Washington.

    Aduan perkhidmatan serupa di Product-Reviews.net berasal dari beberapa negeri yang sama, serta Alabama, Connecticut, Idaho, Minnesota, New York, Nevada, Carolina Selatan dan lain-lain. – AP

    Logo T-Mobile dilihat di hadapan kedai, pada 14 Oktober 2022 di Boston. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...