Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengguna TweetDeck perlu bayar

    SAN FRANCISCO, 16 OGOS – Aplikasi media sosial, TweetDeck kelmarin telah memulakan langkah untuk mengenakan bayaran kepada pengguna platform X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, mengalih mereka ke halaman pendaftaran langganan berbayar apabila mereka cuba mengaksesnya.

    X mengumumkan pada bulan Julai bahawa TweetDeck, program popular yang membolehkan pengguna memantau pelbagai akaun dan senarai pengguna secara serentak, di mana ia hanya akan tersedia kepada pengguna akaun ‘disahkan’ mulai Ogos.

    Para pengguna yang cuba mengakses perkhidmatan itu semalam, yang kini dijenamakan semula sebagai X Pro, dikehendaki membayar pengesahan tanda semak biru X dengan yuran tahunan sebanyak AS$84.

    Firma media sosial itu, yang dibeli oleh jutawan Elon Musk tahun lalu, telah mencari cara untuk mengaut keuntungan, mengurangkan kakitangan dan meningkatkan langganan berbayarnya.

    Minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif, Linda Yaccarino berkata bahawa syarikat itu ‘hampir’ mendapat pulangan modal dan akan menambah kakitangan yang telah dikurangkan oleh Musk.

    Pengguna X yang disahkan kebanyakannya adalah mereka yang telah membayar untuk menerima tanda semak biru, walaupun Musk telah memberikan simbol pengesahan kepada beberapa individu.

    TweetDeck, yang dilancarkan lebih sedekad lalu, menunjukkan mesej dalam lajur dan fungsi carian dan penyiarannya beroperasi secara berbeza dengan laman web atau aplikasi. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda