Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penggunaan 5G di China cetus kitaran bermanfaat

    BEIJING, 11 OGOS – Persidangan 5G Dunia 2022 yang bertemakan ‘5G + By All For All’ membuka tirainya di Harbin, utara China, pada Rabu.

    Sejak penggunaan komersial 5G dilancarkan tiga tahun lalu, industri 5G di China kini telah memasuki fasa penggunaan berskala besar dan penggunaan komersialnya telah mencetuskan kitaran yang bermanfaat kepada rakyat.  Setakat ini, lebih 200 syarikat pengendali di seluruh dunia telah membina rangkaian komersial 5G dengan bilangan sambungan ke 5G dijangka mencatat kira-kira 1.2 bilion menjelang akhir tahun ini.

    Tempoh dua hingga tiga tahun akan datang akan menjadi tempoh tetingkap penting untuk menyemai lagi ekologi aplikasi 5G. Sehingga Jun lalu, China telah membina 1.85 juta stesen 5G yang meliputi kesemua kawasan bandar, pusat kaunti dan 92 peratus  di peringkat pekan.

    Jumlah pengguna 5G China kini mencatat 455 juta, manakala jumlah stesen dan penggunaannya masing-masing melebihi 60 peratus di dunia. 

    Setakat ini, China berjaya membina prasarana Internet berskala besar dan berkualiti tinggi, sementara teknologi 5G sedang ditransformasi daripada pembinaan rangkaian secara besar-besaran kepada promosi pengaplikasian. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda