SHANGHAI, 5 Feb – Membukanya dengan satu aplikasi, menurunkannya di mana-mana dan melalui dengan pantas laluan-laluan lalu lintas kereta yang tidak bergerak; basikal sederhana dilihat wujud semula di China ketika generasi-generasi baru membantu menangani kesesakan bandar dan pencemaran dengan armada-armada pengangkutan dua tayar berwarna cerah.
Konsep perkongsian basikal telah menarik tumpuan modal besar usaha sama ketika firma-firma baru berusaha bagi saham pasaran. Usaha seumpama itu telah memberi kejayaan kepada model perniagaan buatan China ini yang menggunakan telefon pintar untuk menyalakan semula keinginan orang ramai bagi penggunaan basikal, syarikat-syarikat membentuk rancangan untuk mengeksport idea itu di seluruh dunia.
“Kami menumpu pada bagaimana untuk menjadikannya basikal kecil itu memberi impak besar,” kata Davis Wang, CEO Mobike, yang dilancarkan April lalu di Shanghai dan telah pun mempunyai beberapa ratus ribu basikal ‘pintar’ berwarna perak dan jingga di 13 buah bandar China.
Saingan utama Mobike, Ofo dan yang lain menggunakan etika perkongsian ekonomi di sebalik aplikasi Aribnb dan memanggil perkhidmatan teksi seperti Uber dan mensasarkan 700 juta pengguna telefon bimbit, yang semakin menggunakan telefon pintar mereka bagi transaksi.
Para pelanggan menggunakan aplikasi firma ini untuk melepaskan kunci bagi menggunakan basikal dengan kos paling murah 1 yuan sejam. Basikal boleh ditinggalkan di mana-mana bagi pengguna seterusnya.

Aplikas Mobike ini juga menunjukkan di mana keberadaan basikal yang tidak digunakan, manakala kedua-dua syarikat mendapat data penunggang yang menurut mereka boleh membantu dalam merancang lalu lintas.
“Jika kami boleh memujuk ratusan ribu orang di setiap bandar untuk mula menggunakan semula basikal setiap hari, kami boleh mewujudkan impak sosial bagi setiap bandar,” Wang memberitahu AFP.
Pernah menjadi lambang rakyat China, basikal telah kehilangan pengaruh ketika pertumbuhan ekonomi dan bandar berselerak mencetuskan tuntutan kereta oleh para pengguna, negara kini pasaran automobil terbesar di dunia.
Bandar-bandar yang dibelenggu kesesakan lalu lintas teruk dan kualiti udara yang semakin teruk telah mengakibatkan kerajaan dan para pengguna untuk mencari penyelesaian lebih mesra alam.
Penggerak industri mengatakan pendekatan baru kepada perkongsian basikal boleh membantu mengubah keadaan itu dengan menyelesaikan masalah ‘batuan pertama/batuan terakhir” yang telah lama membelenggu perancang bandar, bagaimana untuk menggerakkan mereka yang ulang-alik antara rumah mereka dan transit awam. – AFP