Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Penggunaan ekzos bising perlu dihentikan

    Isu bunyi ekzos bising kenderaan bukanlah perkara baharu diperkatakan dan malah masalahnya semakin berleluasa di negara ini.

    Apakah fungsi sebenar memiliki ekzos bising berkenaan? Adakah semata-mata untuk menjadikan kereta lebih laju dan sporty?

    Dari pandangan saya sendiri dan mungkin sesetengah orang bersetuju bahawa ia digunakan oleh sesetengah pemilik hanyalah untuk menarik perhatian orang ramai, bak kata orang kitani sekadar ‘kambang-kambangan’.

    Hal ini kerana, tidak kira siang atau malam, waktu azan dilaungkan sesetengah pemilik kenderaan merayau-rayau di kawasan kampung khususnya di kawasan perpindahan melaungkan-laungkan bunyi ekzos mereka sehingga mengganggu ketenteraman penduduk sekeliling kerana ia merupakan satu pencemaran bunyi.

    Meskipun pihak relevan sudah menjalankan pemantauan dan menyaman pemilik kenderaan yang mengubahsuai ekzos mereka, namun bukan pula ia semakin berkurangan malah semakin menjadi-jadi.

    Justeru, bagaimana semua ini boleh terjadi?

    Salah satunya ialah ekzos-ekzos ini masih dijual secara terbuka di kedai-kedai alat-alat ganti kereta di negara ini dan ia membuatkan saya tertanya-tanya kenapa pihak relevan tidak melarang penjualannya?

    Sehubungan itu, pihak berkenaan perlu mengetatkan lagi pemantauan penjualan ekzos ubahsuai di negara ini dan meningkatkan lagi kompaun atau saman terhadap mereka yang memasangnya.

    Haji Abdul

    Menurut penulis, penggunaan ekzos bising semakin berleluasa digunakan oleh sesetengah pemilik kenderaan di negara ini. – Agensi

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...