Wednesday, March 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penggunaan plastik masih berleluasa

    Walaupun kempen kesedaran mengenai kepentingan kitar semula semakin giat dijalankan, penggunaan plastik sekali guna masih berleluasa.

    Hal ini menjadi lebih ketara apabila tiba bulan Ramadan, khususnya di bazar Ramadan, di mana kita dapat melihat plastik digunakan secara berlebihan untuk membungkus makanan dan minuman.

    Setiap tahun, kita diingatkan tentang kesan negatif plastik terhadap alam sekitar, namun masih ramai yang kurang prihatin.

    Peniaga bazar, misalnya, masih menggunakan beg plastik tanpa had, malah ada yang membungkus setiap item makanan secara berasingan dengan plastik tambahan.

    Keadaan ini membimbangkan kerana sisa plastik yang tidak dikitar semula akan mencemarkan alam sekitar dalam jangka panjang.

    Saya berpendapat sudah tiba masanya pihak berkuasa mengambil langkah lebih tegas, seperti menggalakkan penggunaan bekas makanan mesra alam atau memberi insentif kepada peniaga yang mengurangkan penggunaan plastik.

    Selain itu, pengguna sendiri perlu memainkan peranan dengan membawa bekas sendiri atau mengelakkan pembaziran plastik.

    Jika kita benar-benar ingin menjaga alam sekitar, kesedaran sahaja tidak mencukupi — tindakan segera perlu diambil.

    Pembaca Prihatin

    Gambar Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda