Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penggunaan robot diramalkan meningkat

    SEIKA, JEPUN – Kultus filem 80an Blade Runner yang diberi perhatian tahun ini membayangkan landskap ‘replika’ neon-bionik direka secara genetik untuk kelihatan sama seperti manusia.

    Setakat ini impian itu masih gagal menjadi kenyataan, tetapi di sebuah institut penyelidikan rahsia robotisme di barat Jepun, Hiroshi Ishiguro adalah pakar teknologi penalaan yang boleh mengaburkan garis antara manusia dan mesin.

    Ishiguro dan pasukannya meramalkan robot sebagai sangat bijak, mempunyai kesedaran diri, mampu mengenali diri sendiri dan membantu kerja-kerja di sekitar rumah. Robot masa depan dapat melihat dan bertindak seperti manusia dan menjadi kawan mereka,

    “Saya tidak tahu bila masa depan Blade Runner akan berlaku, tetapi saya percaya ia akan terjadi. Setiap tahun kami sedang membangunkan teknologi baharu seperti pembelajaran mendalam yang meningkatkan prestasi pengecaman corak.

    “Sekarang kami memberi tumpuan kepada niat dan keinginan, dan jika kami berjaya melaksanakannya ke dalam robot, mereka mungkin lebih hampir seperti manusia,” kata profesor Hiroshi.

    Ishiguro menekankan robot yang mempunyai kesedaran diri atau melampaui kebijaksanaan manusia tidak akan mengundang bencana.
    Sekarang robot telah banyak digunakan di Jepun, daripada memasak mi hinggalah kepada membantu pesakit dengan fisioterapi. – AFP
    Dalam animasi Jepun, robot sentiasa mesra, berbeza dengan robot negara Barat yang kejam dan ganas – AFP

    Robot telah digunakan secara meluas di Jepun, daripada memasak mi hingga membantu pesakit dengan rawatan fisioterapi.

    HAL (anggota bantuan hibrid) yang dipasarkan sebagai robot jenis cyborg pertama di dunia, dibangunkan oleh Universiti Tsukuba dan Syarikat Jepun Cyberdyne untuk membantu orang yang menggunakan kerusi roda berjalan menggunakan sensor yang disambungkan kepada unit sistem kawalan.

    Saintis percaya perkhidmatan robot akan membantu manusia membuat kerja rumah, termasuk membuang sampah sehinggalah kepada membuat kepingan roti bakar yang sempurna.

    Broker saham di Jepun dan di seluruh dunia sudah menggunakan bot kecerdasan buatan (AI) untuk meramalkan trend pasaran saham dan kemajuan pesat fiksyen sains terhadap fakta sains yang banyak terhutang budi kepada orang-orang seperti Ishiguro.

    Sebelum ini dia mencipta salinan androidnya sendiri menggunakan bahagian bergerak yang rumit, elektronik, kulit silikon dan rambut dan menghantarnya untuk perjalanan perniagaan di tempatnya.

    Tetapi Ishiguro percaya penemuan terbaharu dalam robotik dan AI akan mempercepat sintesis manusia dan mesin.

    “Sebagai ahli sains, saya berharap dapat membangunkan robot yang sedar diri seperti yang anda lihat dalam Blade Runner untuk membantu saya memahami apa rasanya menjadi manusia. Itulah motivasi saya,” katanya.

    Titik di mana garis antara manusia dan mesin bertemu telah lama menjadi sumber kebimbangan bagi sesetengah orang, seperti yang digambarkan dalam budaya popular.

    Dalam Blade Runner, Harrison Ford memainkan watak sebagai seorang pegawai polis yang menjejaki dan membunuh replika yang melarikan diri dan tinggal di kalangan penduduk di Los Angeles.

    Siri Terminator yang dibintangi Arnold Schwarzenegger, menyedari dirinya memulakan pembakaran nuklear dan melalui mesin ketenteraan autonomi, jadi pembunuh upahan melawan manusia yang terselamat.

    “Saya tidak faham kenapa Hollywood mahu memusnahkan robot. Lihatlah kartun dan animasi Jepun. Robot sentiasa mesra. Kami mempunyai latar belakang budaya yang sangat berbeza,” kata Ishiguro, dikenali sebagai salah seorang daripada 100 orang genius hidup oleh firma perunding global Synectics pada tahun 2007.

    Elon Musk, Tesla menyeru agar larangan global terhadap robot pembunuh, peringatan awal teknologi dapat merevolusikan peperangan dan mewujudkan ‘senjata keganasan’ baharu yang menumpukan kepada orang yang tidak bersalah.

    Tetapi Ishiguro menegaskan tidak ada bahaya yang wujud dalam mesin yang menjadi diri sendiri melampaui kecerdasan manusia.

    Kami tidak perlu takut dengan AI atau robot, risiko itu dapat dikawal. Idea asas saya ialah manusia dan robot tiada perbezaan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda