Sabtu, 22 November 2025
Klik Lagi

    Penggunaan sistem suria

    Pemanasan global merupakan isu global yang semakin mendapat perhatian. Kesan perubahan iklim akibat pemanasan global telah menyebabkan peningkatan suhu, perubahan corak cuaca, dan kemerosotan ekosistem di seluruh dunia. Walaupun Brunei sebuah negara kecil, namun ia tidak terkecuali daripada menghadapi cabaran ini.

    Sehubungan itu, penulis ingin mengutarakan beberapa usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon dan mencari sumber tenaga yang lebih mesra alam semakin mendesak.

    Salah satu langkah yang mendapat perhatian penulis adalah penggunaan sistem suria sebagai alternatif tenaga hijau di negara ini.

    Jika Brunei menggunakan tenaga suria, ia bukan sahaja dapat membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, tetapi juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga fosil. Dengan sumber cahaya matahari yang mencukupi sepanjang tahun, Brunei mempunyai potensi besar untuk memanfaatkan teknologi itu dalam usaha mengekang kesan pemanasan global.

    Walaupun penggunaan tenaga suria menawarkan banyak manfaat, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi. Antaranya termasuk kos awal pemasangan yang tinggi dan keperluan untuk teknologi yang lebih maju bagi meningkatkan kecekapan tenaga.

    Bagaimanapun, dengan sokongan kerajaan dan perkembangan teknologi, cabaran itu mungkin akan dapat diatasi dan tenaga suria berpotensi menjadi sumber tenaga utama di masa hadapan.

    Penggunaan sistem suria di Brunei adalah langkah positif ke arah mengurangkan kesan pemanasan global dan membangunkan masa depan yang lebih hijau dan mampan.

    Dengan komitmen berterusan daripada semua pihak, Brunei akan dapat memainkan peranan penting dalam usaha global untuk menangani perubahan iklim dan melindungi alam sekitar.

    Pencinta Bumi

    Gambar Canva

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    ADB lulus pinjaman AS$330 juta naik taraf grid tenaga Pakistan

    ISLAMABAD, 21 NOV - Pakistan akan menerima pinjaman berjumlah...

    Mahkamah umum tarikh sebutan semula kes mekanik bunuh kanak-kanak

    KUCHING, 21 NOV - Mahkamah Majistret hari ini menetapkan...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...