Sunday, May 4, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penggunaan tong gas memasak perlulah dipantau setiap masa

    KEBOCORAN tong gas memasak boleh mengundang bahaya dan memberi impak kemusnahan yang teruk kepada pengguna sendiri malah rumah juga akan terjejas sekiranya tidak ditangani dengan betul.

    Pengguna yang hendak memasak perlulah berwaspada terhadap persekitaran tong gas dan memastikannya berada dalam keadaan selamat. Dalam mencegah bahaya dan kemusnahan akibat kebocoran gas memasak, di sini dikongsikan beberapa panduan berguna untuk orang ramai:

    1. Apa yang perlu dan tidak dilakukan

    – Pastikan tong gas memasak sentiasa dalam keadaan tegak dengan injapnya di atas. Jangan baringkan tong gas anda.

    – Buka pintu atau tingkap semasa memasak untuk pengaliran udara.

    – Jangan letakkan kuali panas atau benda panas yang lain di atas tong gas memasak.

    – Jauhkan kedudukan langsir dari dapur memasak.

    – Jangan tinggalkan apa yang anda tengah masak tanpa pengawasan.

    – Jika anda ingin meninggalkan rumah untuk satu jangka masa yang panjang, matikan kepala gas.

    – Pastikan kedudukan dapur memasak anda lebih tinggi dari tong gas.

    – Sebelum memasang kepala gas, pastikan ada gelung getah dalam injap tong gas.

    2. Mengesan kebocoran gas

    – Jika anda terhidu bau gas, itu bermakna terdapat kebocoran gas.

    – Sesetengah serangga sukakan bau gas dan ia akan mengerumuni kawasan yang terdapat kebocoran gas.

    – Dalam sesetengah keadaan, anda juga akan dapat mendengar bunyi berdesir menandakan terdapat kebocoran gas.

    – Cara terbaik mengesan kebocoran gas pada saluran gas atau sambungan kepala gas ialah dengan menggunakan air sabun dan perhatikan jika terbit buih-buih sabun pada tempat tersebut.

    3. Langkah pencegahan

    Periksa kepala gas, saluran gas dan klip secara berjadual dan cepat-cepat gantikan jika ianya sudah rosak. Adalah dicadangkan anda menggantikan saluran gas dan klip setiap dua tahun, dan kepala gas setiap lima tahun.

    4. Apa yang perlu dibuat jika terdapat kebocoran gas?

    – Matikan kepala gas dan juga api dapur memasak.

    – Buka semua tingkap dan pintu.

    – Jangan on/off apa-apa peralatan elektrik atau suis.

    – Tunggu hingga tiada bau gas sebelum mula menggunakan dapur memasak semula. – Agensi

    Jangan letakkan kuali panas atau benda panas yang lain di atas tong gas memasak. – Agensi
    Pengguna yang hendak memasak perlulah berwaspada terhadap persekitaran tong gas dan memastikan-nya berada dalam keadaan selamat. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda