Friday, December 27, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penghantar barang, juruanalisis didakwa jadi ‘keldai akaun’ dengan serah kad ATM

    BALIK PULAU, 26 DIS – Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menjadi keldai akaun.

    Muhamad Harizi Abu Bakar, 28, didakwa bagi pertuduhan pertama memiliki wang berjumlah RM10,800 milik Aalban Sudesh George, 31, dalam akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).

    Tertuduh didapati telah menyerahkan kad ATM miliknya kepada Alvin Lim, yang beralamat di Jalan Puchong, Kampung Bohol Baharu, Kuala Lumpur, melalui penghantaran J&T. Kesalahan itu dilakukan di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bayan Lepas pada 6:05 petang, 13 November lalu.

    Bagi pertuduhan kedua, Muhamad Harizi didakwa memiliki wang RM11,680 milik Law Teck Teong, 62, dalam akaun BSN dan tertuduh didapati telah menyerahkan kad ATM miliknya kepada Lim di alamat yang sama melalui penghantaran J&T di Lebuh Relau 9, Setia Skyvista, Bayan lepas pada 1:36 tengah hari, 14 November lepas.

    Di mahkamah yang sama, seorang juruanalisis turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki wang berjumlah RM750 milik Yeoh Pei Ling, 42, dalam akaun Hong Leong Bank dan tertuduh didapati telah menyerahkan kad ATM miliknya kepada Koo Sin Lung di Jalan Sri Klebang 1, Bandar Baru Sri Klebang, Chemor, Perak.

    K.Kalai Vani, 44, didakwa melakukan kesalahan tersebut di Mukim 8, Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, Bayan Lepas di sini pada 12:42 tengah hari, 12 Disember lepas mengikut seksyen yang sama.

    M.V.Yoges memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya telah menyerahkan kad ATMnya kepada peminjam ‘ah long’ untuk proses peminjaman wang dan satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara tersebut serta tertuduh mengalami beberapa masalah kesihatan termasuk masalah hormon dan menjalani pembedahan buku lali. – Bernama

    Penghantar barang, Mohamad Harizi mengaku tidak bersalah kelmarin di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan menjadi keldai akaun pada November lepas. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda