Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Penghantaran Daihatsu disambung semula

    TOKYO, 19 APRIL – Jepun akan menarik balik larangan penghantaran menyeluruh ke atas kenderaan Daihatsu, kata anak syarikat Toyota itu hari ini, susulan skandal ujian keselamatan palsu yang berlaku sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

    Kementerian pengangkutan telah mengesahkan bahawa semua kenderaan pengeluaran Daihatsu memenuhi piawaian keselamatan rasmi dan akan menarik balik larangan penghantaran ke atas tiga model, kata syarikat itu.

    Move Canbus, Rocky dan Raize berjenama Toyota adalah tiga model Daihatsu yang masih menunggu kelulusan. Kementerian pengangkutan telah pun meluluskan model-model lain dan menarik balik larangan penghantaran ke atasnya.

    “Dengan keputusan ini, arahan untuk menggantung penghantaran ditarik balik untuk semua model pengeluaran semasa kami, setelah ia didapati mematuhi piawaian rasmi,” kata Daihatsu dalam satu kenyataan.

    “Kami akan menyambung semula pengeluaran dan penghantaran secepat mungkin.”

    Pengeluar utama kereta mini ‘kei’ yang popular, Daihatsu mengakui pada Disember bahawa ia telah memanipulasi ujian sejak sekurang-kurangnya tahun 1989, yang melibatkan 64 model, beberapa daripadanya tidak lagi dihasilkan.

    Ini termasuk beberapa model yang dijual di bawah jenama Toyota.

    Syarikat itu menggantung semua operasi kilang sebaik sahaja skandal tersebut terbongkar. – AFP

    Foto udara menunjukkan logo Daihatsu Motor di ibu pejabatnya di Ikeda, Osaka pada 20 Disember 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...