Penghantaran komputer global menurun meskipun permintaan meningkat

BEIJING, 12 APRIL – Penghantaran global bagi komputer peribadi (PC) menurun pada suku pertama (Q1) meskipun permintaan meningkat dipacu oleh bekerja dan keperluan pembelajaran dari rumah disebabkan langkah perintah berkurung ketat di seluruh dunia, menurut laporan terkini firma penyelidikan pasaran teknologi, Canalys.

Penghantaran PC ke seluruh dunia merosot 8 peratus tahun ke tahun semasa tempoh Januari hingga Mac disebabkan penangguhan pengeluaran dan isu logistik berpunca daripada penyakit koronavirus baharu (COVID-19) walaupun permintaan meningkat, tambah laporan.

Semasa Q1, vendor-vendor telah menghantar 53.7 juta komputer peribadi, notebooks dan komputer untuk kerja.

Rangking vendor teratas kekal stabil, dengan Lenovo masih mendahului pasaran PC dengan 12.8 juta unit dihantar menggunakan kapal. HP muncul di tempat kedua dengan 11.7 juta unit, diikuti dengan Dell sebanyak 10.5 juta unit.

Dari lima teratas, Apple pa-ling terjejas teruk dengan penghantarannya merosot lebih 20 peratus kepada 3.2 juta unit, menurut laporan. – Xinhua