Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV – Komitmen yang dicapai pada rundingan iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tahun ini yang gagal menghasilkan pelan mengikat untuk menghentikan secara berperingkat penggunaan bahan api fosil yang menyebabkan pemanasan bumi menerima reaksi berhati-hati daripada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

    “Saya tidak boleh berpura-pura yang COP30 menghasilkan segala yang diperlukan,” kata Guterres dalam satu kenyataan selepas persidangan di Brazil berakhir kelmarin, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    Sekalipun Ketua PBB itu memuji hampir 200 negara yang diwakili pada persidangan iklim tahunan itu kerana mencapai konsensus ‘dalam tempoh perpecahan geopolitik,’ beliau berkata perjanjian yang dicapai masih jauh daripada mencukupi untuk menghalang pemanasan global selanjutnya dan sekali gus mengelakkan titik perubahan yang tidak boleh dipulihkan.

    Guterres mengakui yang semua negara ‘mencatat kemajuan,’ termasuk ikrar untuk meningkatkan dengan ketara bantuan iklim kepada negara miskin bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan kesan pemanasan global, dengan matlamat menggandakan tiga kali ganda dana menjelang 2035.

    Namun, beliau menegaskan usaha mengehadkan pemanasan global kepada bawah 1.5 darjah Celsius berbanding tahap praindustri, matlamat yang ditetapkan dalam Perjanjian Iklim Paris 2015, ‘mesti kekal sebagai garis merah kemanusiaan.’ – Bernama

    Antonio Guterres berucap semasa sidang media pada Persidangan Perubahan Iklim PBB COP30 di Belem, negeri Para, Brazil pada 20 November. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...

    Cabaran Alpha disambut meriah

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV -...

    Brazil anggap penarikan balik tarif AS sebagai ‘kemajuan signifikan’

    SAO PAULO, 23 NOV - Naib Presiden Brazil, Geraldo...

    Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan perpisahan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Yang Di-Pertua Majlis...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...