Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Penghargaan atas komitmen jaga kebersihan

    Oleh Yusrin Junaidi

    TUTONG, 22 DIS – Seorang pekerja di bawah Syarikat Noracon Sdn Bhd yang ditugaskan menjaga kebersihan di tempat pembuangan sampah dan Syarikat YHH Development telah menerima sijil penghargaan atas komitmen mereka menjaga kebersihan di kawasan tadahan mereka.

    Majlis penyerahan sijil penghargaan telah diadakan di tempat pembuangan sampah, Kampung Telisai, Tutong dan Bangunan YHH, Pekan Tutong, hari ini.

    Hadir menyerahkan sijil penghargaan tersebut kepada Amdadul Haque dan Yeo Boon Kiat selaku wakil YHH Development ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.

    Ia bertujuan untuk memberikan penghargaan pihak kerajaan melalui Jabatan Daerah Tutong kepada badan-badan korporat atau individu yang memberikan komitmen yang tinggi dalam sama-sama menjaga kebersihan persekitaran di negara ini.

    Komitmen Amdadul Haque dan Syarikat YHH Development berkenaan diharapkan akan menjadi contoh kepada pihak lain untuk sama-sama menjaga kebersihan persekitaran khususnya bagi tempat-tempat pembuangan sampah yang disediakan oleh pihak kerajaan dan bagi pengurus-pengurus bangunan komersial negara ini.

    Menurut Amdadul Haque, kawasan pembuang sampah haruslah dijaga kebersihannya dan tidak sepatutnya dijadikan tempat pembuangan sampah dengan sesuka hati, justeru, orang ramai terutama sekali penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan digesa untuk mengutamakan aspek kebersihan yang disifatkan sebagai tanggungjawab bersama.

    Awang Mohammad Sofian menyerahkan sijil penghargaan kepada Amdadul Haque di tempat pembuangan sampah Kampung Telisai, Tutong, kelmarin.
    Awang Mohammad Sofian menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil dari Syarikat YHH Development.

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    Berita Berkaitan

    Perlawanan badminton erat persahabatan Brunei, Indonesia

    Seramai 16 pemain Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) yang...

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    Terkini

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV - Komitmen yang dicapai pada...

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    NORTH CAROLINA, 23 NOV – Seorang pemandu di barat...

    23 kanak-kanak maut kebuluran

    KAHERAH, 23 NOV — Seramai 23 kanak-kanak maut akibat...