Nipsey Hussle telah meraih pengiktirafan pada Anugerah BET 2019 Ahad lalu bersama beberapa bekas rakannya, seperti John Legend dan Marsha Ambrosius.
T.I memperkenalkan anugerah itu dengan menggambarkan Hussle sebagai ‘lebih daripada rapper, guru, aktivis dan dermawan.’
“Dia seorang revolusioner,” kata T.I.
“Penekanannya terhadap kuasa ekuiti dan pemilikan seni kami membawa kepada kebebasan dan menjadi ikutan kepada artis-artis pada masa ini.”
Snoop Dogg, Ava DuVernay dan ramai lagi artis membincangkan legasi rapper berkenaan dalam anugerah tersebut sebelum ahli keluarganya dan Lauren London naik ke atas pentas untuk menerima anugerah itu.
Ibu dan bapa Hussle menyampaikan ucapan dengan penuh emosi.
Acara itu diserikan dengan persembahan oleh Legend dan DJ Khaled bersama kumpulan koir dengan lagu ‘Higher’, sementara YG menyampaikan lagu ‘Last time that I Checc’d.’
Hussle telah ditembak dan dibunuh pada bulan Mac lalu di luar kedai pakaiannya di Los Angeles. – Agensi
