Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Penghargaan khas buat Liu Ying Sabtu ini

    KUALA LUMPUR, 12 JAN – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan memberikan penghargaan khas kepada pemain beregu campuran Malaysia, Goh Liu Ying yang bersara semalam.

    Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna akan diadakan sebelum bermulanya aksi separuh akhir Terbuka Malaysia 2023 pada Sabtu ini, di Axiata Arena.

    “Akan ada jemputan daripada kalangan pemain dan kawan rapat Liu Ying. Satu majlis yang agak ringkas, tetapi diharap bermakna bagi beliau. Kejutan lain, hari Sabtu baru tahu,” katanya ketika ditemui pemberita.

    Liu Ying, pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 bersama Chan Peng Soon, merupakan antara pemain beregu campuran terbaik pernah beraksi untuk negara.

    Pada aksi terakhir beliau, pemain berusia 34 tahun itu yang kembali berganding dengan Peng Soon tewas 21-18, 15-21, 7-21 kepada gandingan Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati pada pusingan pertama Terbuka Malaysia, semalam.

    Ia menjadi pengakhiran yang bermakna bagi mereka selepas beliau memulakan gandingan bersama Peng Soon 13 tahun lepas.

    Selain pingat perak Sukan Olimpik, Liu Ying  turut meraih pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa termasuk gangsa Komanwel 2018, dua pingat Sukan SEA, emas Kejohanan Asia 2010, perak All England 2017 dan perak Terbuka Indonesia 2018. – Bernama

    Aksi Chan Peng Soon (kanan) dan Goh Liu Ying semasa Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2023, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...