Oleh Hamdini HAK MAJLIS Penyampaian Sijil dan Sesi Kongsisama Lawatan ke Sekolah-sekolah Singapura dengan Kerjasama Sekolah-sekolah Kluster Menengah dan Rendah 2017 telah berlangsung baru-baru ini di dewan serbaguna Sekolah Menegah Pengiran Isteri Hajjah Mariam. Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Professional), Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Dayang Marina Chek binti Bujang.