Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penghibur veteran meriahkan Malam Kilauan Emas

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 31 JULAI – Persembahan ‘Malam Kilauan Emas’ telah memeriahkan suasana pentas perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-73 di kawasan Tudong Saji, Kuala Belait, baru-baru ini.

    Dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Perempuan (PKP) Daerah Belait dengan kerjasama Kumpulan Sokongan Kesedaran Kesihatan Warga Emas (PENYULUH), acara itu menyaksikan penyanyi dan penghibur veteran dari sekitar Daerah Belait membuat persembahan nyanyian dan tarian yang terkenal semasa zaman muda mereka.

    Pengerusi PKP Daerah Belait dan PENYULUH, Hajah Kertini binti Orang Kaya Paduka Setia Diraja Abang Haji Abu Hanifah ketika ditemui berkata, persembahan itu bukan sahaja bertujuan untuk memeriahkan perayaan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-73, malah menghargai bakat-bakat yang masih ada dalam kalangan penyanyi dan penari veteran.

    Antara yang membuat persembahan pada malam itu ialah kumpulan termasuk Nem Fitness dan Sally’s Line Dance KB.

    Beberapa persembahan juga menggalakkan orang ramai membuat persembahan di atas pentas yang bukan sahaja memeriahkan suasana malah membantu menurunkan pengetahuan mengenai tarian mengikut rentak lama dan pada masa yang sama berhibur.

    Nyanyian duet peserta veteran yang mengikuti persembahan pada malam tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda