Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penghijrah Honduras tetap teruskan perjalanan

    TAPACHULA, Mexico, 22 Okt – Ribuan penghijrah Honduras yang hendak menuju ke Amerika Syarikat telah mencetuskan kecaman daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan bersedia untuk meneruskan perjalanan mereka hari ini selepas malam kedua di Mexico. Bagaimanapun pihak berkuasa Mexico berjaya menyekat serombongan penghijrah di sempadan jambatan antara Mexico dan Guatemala namun kebanyakannya kemudian menyeberangi sungai menggunakan rakit sebelum bergerak ke utara.

    Selepas berjalan kaki selama tujuh jam dari sempadan Guatemala, kira-kira 3,000 penghijrah tiba di Tapachula, negeri Chiapas, kelmarin.

    Hari ini, perhentian seterusnya bagi perjalanan rombongan kira-kira 3,000km itu adalah di Huixtla, sebuah bandar yang jauhnya 40km.

    “Kami cukup menyedari yang negara ini (Mexico) tidak meneri-ma kami seperti yang kami jangkakan dan mereka boleh kembalikan kami semula ke Honduras dan kami juga tahu adanya pengedar dadah yang menculik dan membunuh penghijrah,” kata Juan Flores, salah seorang penghijrah memberitahu AFP.

    “Namun kami hidup dengan lebih ketakutan di negara kami, jadi kami teruskan saja,” tambahnya.

    Aktivis berkata perjalanan menerusi Mexico ke sempadan AS boleh mengambil masa sebulan dan Trump yang berang menegaskan kelmarin bahawa ‘kuasa penuh’ sedang dalam perjalanan untuk menyekat perjalanan rombongan tersebut. – AFP

    Pemandangan dari udara menunjukkan rombongan penghijrah Honduras menuju ke AS di jalan yang menghubungkan Ciudad Hidalgo dan Tapachula, negeri Chiapas, Mexico, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda