OSLO, 29 Nov – Penghijrah Somalia berasa lebih puas hati berbanding penghijrah lain di Norway, walaupun mereka berhadapan situasi kewangan dan keadaan hidup paling teruk, lapor Aftenposten semalam.
“Asalkan mereka mempunyai makanan dan tempat berteduh, membuatkan ramai penghijrah berpuas hati. Penduduk Somalia terbiasa hidup susah, keluarga bukanlah satu bebanan, bukan satu keseronokan,” beritahu Safia Abdi Haase kepada Aftenposten.
Tinjauan daripada Statistik Norway (SSB) menunjukkan individu berlatar belakang penghijrah di Norway mempunyai keadaan lebih teruk dari segi pekerjaan, persekitaran kerja, standard perumahan, kesihatan dan hubungan sosial berbanding penduduk biasa. – Xinhua