DIARAHKAN oleh pengarah yang sebelum ini pernah mengarah siri drama Ad Genius Lee Tae-Baek, Park Ki Ho dan skripnya ditulis oleh Park Sun Ja dan Kwon Ki Kyung, Andante merupakan sebuah siri drama Korea yang menampilkan elemen misteri, romantik dan cinta remaja.
Ia menampilkan Kai dari kumpulan penyanyi lelaki popular EXO yang melakonkan watak utama iaitu Lee Shi-kyung yang digandingkan bersama dengan Kim Jin-kyung yang melakonkan watak Kim Bom.
Dalam siri drama ini, watak Lee Shi-kyang yang dilakonkan oleh Kai digambarkan sebagai seorang pelajar sekolah menengah yang bersifat anti sosial dan gemar menyendiri di dalam bilik komputer.
Sementara, Kim Bom lakonan Kim Jin-kyung pula adalah merupakan seorang pelajar yang memiliki keperibadian yang agak misteri namun memiliki aura popularitinya yang tersendiri walaupun agak pemalu untuk mendekati pelajar yang lain.

Di samping itu, Park Ga-ram lakonan Baek Chul pula merupakan seorang pelajar elit yang memiliki sifat panas baran dan menyimpan impian untuk menjadi seorang doktor.
Manakala Lee Shi-young lakonan Lee Ye-hyun lakonan Lee Ye-hyun pula merupakan adik perempuan kepada Kee Shi-kyung yang memiliki sifat yang agak penyibuk dan gemar menggayakan kostum cosplay.
Pada dasarnya, ia mengisahkan mengenai sebuah keluarga baru yang berpindah ke sebuah kawasan yang agak terpencil.
Melalui penghijrahan tersebut secara tidak langsung turut membuatkan Lee Shi-kyung turut berpindah ke sebuah sekolah menengah yang agak mencurigakan dan seolah-olah memiliki kisah misteri di sebaliknya.
Dengan permulaan yang baru itu, Lee Shi-kyung telah bertemu dengan ramai rakan baru sehingga turut menerbitkan rasa cinta di antara mereka di samping turut berusaha sama untuk menyelongkar misteri yang berlaku di sekolah itu.
Justeru untuk sama-sama mengetahui apakah rahsia yang cuba untuk diselongkar oleh Lee Shi-kyung setelah berhijrah ke sebuah kawasan yang agak terpencil itu maka penonton wajar untuk menonton siri Andante sehingga penghujungnya.