Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penghijrahan Eropah-Maghribi kini diteruskan

    RABAT, 5 JUN – Maghribi kelmarin mula mengalu-alukan kemasukan warganya yang tinggal di Eropah selepas wabak COVID menyebabkan terhentinya salah satu migrasi rentas benua terbesar di dunia.

    Usaha terakhir sedemikian dilakukan pada musim panas 2019 yang menyaksikan 3.3 juta orang dan lebih tiga perempat daripada satu juta kenderaan melintasi Selat Gibraltar.

    Kerajaan Afrika Utara terletak hanya 14 kilometer (sembilan batu) dari pantai Sepanyol, yang telah mengumumkan ia juga akan melaksanakan langkah khas bagi rakyat Maghribi mulai 15 Jun selama dua bulan.

    Kerajaan Sepanyol juga telah menamakan penghijrahan bermusim ini sebagai salah satu aliran terbesar orang merentasi benua dalam masa yang singkat.

    Menyambung semula perjalanan rentas selat berskala besar bukan sahaja selepas ancaman pandemik mereda tetapi juga berikutan pemulihan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

    Pertikaian diplomatik yang panjang selama setahun telah melanjutkan penutupan sempadan yang pada awalnya dilakukan disebabkan COVID, walau bagaimanpun, trafik maritim tetap disambung semula pada April lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda