Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Penghormatan terakhir buat buaya vegetarian

    KASARAGOD, INDIA, 10 OKT – Beratus-ratus orang menghadiri upacara penguburan seekor buaya yang dipercayai dewa dan hidup selama beberapa dekad dengan diet vegetarian di sebuah kuil Hindu di India, hari ini.

    Babia menjaga kuil Sri Ananthapadmanabha Swamy yang sangat dihormati di negeri selatan Kerala, bersembunyi di sekitar tasik selama hampir 80 tahun, kata setiausaha kuil Ramachandran Bhat.

    Reptilia yang dihormati itu ditemui terapung di tasik awal hari ini selepas dilaporkan tidak makan selama beberapa hari.

    Kuil di Kasaragod yang didedikasikan untuk dewa Hindu Vishnu berusia 3,000 tahun, dan telah dilindungi selama berdekad-dekad oleh seekor buaya ‘suci’ tunggal, kata Bhat kepada AFP.

    “Buaya suci terakhir ditembak mati oleh tentera British pada 1940 dan selepas itu Babia muncul di tasik,” kata Bhat. “Kami tidak boleh mengatakan dari mana ia datang, tetapi tasik itu bersambung dengan gua di bawahnya,” kata Bhat.

    Babia dianggap suci kerana tidak pernah menyerang haiwan lain atau mana-mana manusia – termasuklah kanak-kanak yang dibawa ke tepi tasik untuk menyentuh reptilia itu bagi mendapatkan keberkatan daripadanya. – AFP

    Orang ramai semasa memberi penghormatan terakhir kepada bangkai Babia di Kerala, India pada 10 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...