Saturday, March 29, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penghormatan untuk Van Halen

    The Bird and the Bee, “Mempersembahkan Legenda, Siri kedua: Penghormatan kepada Van Helen dalam rakaman Expectations dan Release me.

    Sebuah album Van Halen tanpa bunyi alat muzik gitar telah dicipta. Penyanyi Inara Gearoge dan pengarah, pemain keyboard, Greg Kurstin, mencipta The Bird and the Bee, dengan membawa konsep yang menarik dan penuh dengan keseronokan, anugerah dan keyakinan yang kebanyakannya menumpukan kepada album debut Van Helen dan beberapa hit-hit besar daripada era David Lee Roth, termasuk dengan memberikan penghormatan baharu kepada penyanyi vokal spandex-clad.

    Sebagai tirai majlis dibukakan dengan lagu Runnin With the Devil yang dinyanyikan oleh George, penyanyi yang lantang, yang mengingatkan kembali dengan bekas pemain basis Van Halen iaitu Michael Anthony dan gabungan bunyi hentakan kaki dengan sentuhan yang ringan. Tarian Panama pula dibuat dengan tarian yang diubah suai dan bunyinya seperti botol yang ditiunkan.

    Kurstin, pemenang pengarah Grammy sebanyak tujuh kali yang pernah bekerjasama dengan ramai artis seperti Adele, Sia Beck dan ramai lagi. Piano solo yang lincah dalam Hot for Teacher, menampilkan perkataan yang hebat dariapda Beck yang membawa kepada nyanyian terus kepada lagu Eruption, di mana Kurstin menjadikan bunyi nota gitar Eddie, Van Halen kepada bunyi piano klasikal.

    Ia amat mengejutkan apabila mendengar lagu terkenal Van Halen, jump dimainkan dengan menggunakan piano, dan George menyanyikan setiap rangkap penuh dengan keindahan.

    Ia pasti menjadi sentuhan yang kemas untuk bermain gitar. Lagu daripada Kinks iaitu You really Got me merupakan single pertama Van Halen dan muziknya amat menarik sehingga George dan Kurstin menginginkan untuk mensasarkan kepada band Ray dan Dave Davies untuk siri persembahan yang akan datang.

    Diamond Dave merupakan lagu terakhir dalam 10 lagu dalam album untuk memberikan penghormatan kepada Roth.

    Walaupun lirik itu ditulis ketika beliau menyertai semula Van Halen pada 2007, nyanyian balad itu sesuai untuk membuat album di mana Bird and the Bee menyukai lagu-lagu Van Halen yang tidak menyentuh euphemisme. – AP

    Mempersembahkan Legenda siri 2: tanda penghormatan Van Halen oleh The Bird and the Bee. -AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda