Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penghujung Syawal masih meriah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MEI – Bulan Syawal yang sudah hampir ke penghujungnya masih meriah dengan majlis-majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat swasta sebagai peluang untuk mengeratkan silaturahim.

    Antara syarikat berkenaan adalah Syarikat Serikandi yang mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Dewan Persidangan Bridex, Jerudong, malam tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Pengerusi dan Pengarah Urusan Serikandi, Shaikh Khalid bin Shaikh Haji Ahmad dalam ucapan alu-aluannya antara lain mengongsikan pencapaian syarikat berkenaan sejak ditubuhkan lebih empat dekad yang lalu.

    “Tahun ini Syarikat Serikandi akan mencapai usia 49 tahun sejak penubuhannya pada 1974 dan Insya-Allah akan merayakan sambutan Jubli Emas pada tahun hadapan,” ujarnya.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi sama-sama memotong kek pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Syarikat Serikandi.
    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Syarikat Serikandi.
    Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary dan Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bergambar ramai pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran MPC.
    Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary semasa menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri RB.
    Antara yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran MPC.
    Antara yang hadir pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Syarikat Serikandi.
    Jemputan yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran RB, kelmarin.

    Majlis berkenaan dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian dan tarian sambil para tetamu menikmati pelbagai juadah makanan dan minuman yang disediakan.

    Sementara itu, kira-kira 500 tetamu telah menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri tahunan yang dianjurkan oleh Syarikat Pelabuhan Muara (MPC) di Garden’s Veranda, Rimba kelmarin.

    Ketua Pegawai Eksekutif MPC, Zeng Caili dan Ketua Pegawai Operasi, Fazilah Yassin turut hadir bagi mengalu-alukan kedatangan para tetamu jemputan bersama-sama para pasukan pengurusan dan kakitangan MPC.

    Antara yang hadir ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha dan Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin
    bin Haji Abdul Hamid 

    Juga hadir sama ialah setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, pegawai kanan kerajaan dan orang kenamaan asing di samping ahli perniagaan dan tokoh masyarakat terkemuka di negara ini.

    Antara tujuan acara tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan MPC dengan mereka yang telah memberikan sumbangan dan sokongan yang besar kepada pembangunan dan kejayaan MPC sebagai satu-satunya pelabuhan di Negara Brunei Darussalam.

    Manakala itu, hari ini, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) juga telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Kampus RB yang turut dihadiri oleh
    Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary.

    Majlis menyaksikan kehadiran pegawai kanan kerajaan, wakil diplomat asing ke Brunei Darussalam, Brunei Tourism serta pelancongan asing yang berpusat di sini, ejen pelancongan, rakan-rakan kongsi dan pihak berkepentingan.

    Ketua Pegawai Eksekutif RB, Kapten Sabirin bin Haji Abdul Hamid turut hadir bagi mengalu-alukan para tetamu bersama pengurusan kanan dan kakitangan RB yang lain.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda