Saturday, February 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penghulu, ketua kampung lafaz ikrar

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN,13 SEPT – Seorang penghulu mukim dan sembilan ketua kampung bagi Daerah Brunei dan Muara telah menerima sijil lantikan masing-masing pada majlis yang berlangsung di Jabatan Daerah Brunei dan Muara, hari ini.

    Hadir bagi menyempurnakan penyerahan sijil-sijil lantikan berkenaan Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah) di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Abdul Walid bin Haji Matassan selaku tetamu kehormat majlis.

    Penghulu mukim dan ketua-ketua kampung yang diraikan juga telah melafazkan ikrar diikuti dengan majlis menandatangani ikrar masing-masing sebelum diikuti dengan perasmian papan tanda.

    Perasmian papan tanda didahului di kediaman Penghulu Mukim Sengkurong, Haji Abdullah Hanif bin Orang Kaya Maharaja Dinda Haji Saman oleh telah tetamu kehormat.

    Manakala itu, perasmian papan tanda di kediaman Ketua Kampung Kasat, Haji E’rifin bin Haji Mohd Yusof dan Ketua Kampung Sungai Besar, Serdang dan Sungai Belukut, Haji Awang Zaini bin Haji Awang Damit telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Brunei Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

    Bacaan ikrar daripada penghulu mukim dan ketua-ketua kampung di hadapan tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Jabatan Daerah Brunei dan Muara, kelmarin. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    Perasmian papan tanda Ketua Kampung Sungai Besar, Serdang dan Sungai Belukut, Haji Awang Zaini disempurnakan oleh Awang Misle. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda