ZHONGDONG, China – Berada di kawasan tinggi dan berkabus di bukit barat daya China, pendakian selama satu jam dari mana-mana jalan, bunyi suara binatang ternakan bergema di perkampungan Zhongdong, di mana sekumpulan daripada 18 keluarga tinggal di dalam sebuah gua yang besar dan luas.
Kawasan ‘perkampungan gua terakhir’ di negara ini mempunyai sumber kemudahan moden seperti bekalan elektrik, selama beberapa tahun. Namun ekses ke dunia luar adalah melalui laluan yang berliku-liku di kawasan pergunungan yang tebal di wilayah Guizhou.
Kini, sebuah syarikat pembangunan pelancongan tempatan telah membina kereta kabel bernilai 15 juta yuan (AS$2.2 juta) agar penduduk dapat menggunakannya dengan percuma. Funikular ini akan memudahkan para penduduk dalam kehidupan seharian mereka dan memberi peluang perniagaan baru, katanya. Ia akan memulakan operasi pada 1 Mei.
Pada masa ini, penduduk kampung perlu mengangkut kesemua makanan dan produk-produk yang mereka tidak dapat hasilkan atau tanam sendiri – walaupun barangan besar seperti perabot – dari bandar terdekat, perjalanan ulang-alik selama tiga jam pada setiap perjalanan.
Walaupun sesetengah penduduk teruja dengan prospek ekonomi dengan membawa banyak pelancong, namun yang lainnya tidak begitu yakin bahawa pengangkutan baru itu akan memperbaiki kehidupan mereka di salah satu kawasan paling miskin di China.


Kereta kabel bukanlah satu kemudahan bagi penduduk luar bandar Zhongdong, kata Wang Xingguo berusia 22 tahun, dimana binatang ternakan dan kargo yang memakan ruang tidak akan dibenarkan dibawa di dalam kabin.
“Mereka menyatakan bahawa mereka akan membina untuk kami sebuah jalan pada 15 tahun lalu, tetapi kemudian mereka mendapati rancangan ini tidak memberi pulangan buat mereka dan mereka memilih untuk tidak membinaya,” katanya, menyambut ketibaan kawanan kambing ke dalam satu petak berhampiran bibir-bibir gua yang berukuran hampir 200 meter dalam.
Beliau menambah: “Apabila pihak berkuasa membuat keputusan untuk membangunkan sebuah tempat yang indah, mereka akan mengambil keuntungan daripadanya.”
Di bawah siling yang tinggi, rumah-rumah berdinding daun kelapa, timbunan kayu api, dan timbunan barangan seperti seperti mesin basuh dan penyidai baju yang diperbuat daripada buluh sehinggalah kawasan gelanggang bola keranjang.
Tidak ada kata sepakat mengenai orang yang mula-mula memasuki dan berpindah ke dalam gua itu, mereka telah tinggal di sana selama beberapa generasi. Sebahagian besar daripada merka adalah dari etnik minoriti Miao.
Bapa Wang, Wang Hongqing, berkata keluarga mereka berpindah ke dalam gua itu sejak beliau masih kecil lagi (masih anak damit), tidak lama selepas penubuhan Republik Rakyat China pada tahun 1949.
Gua ini sebelum ini telah diduduki oleh penyamun. Tetapi apabila Tentera Pembebasan Rakyat mengusir mereka ke luar, keluarga Wang mengambil peluang untuk menjadikannya sebagai tempat tinggal mereka.
Dua puluh tahun yang lalu, beliau menjadi orang yang pertama di Zhongdong untuk menukar sebahagian daripada rumahnya kepada rumah-rumah bersaiz kecil buat pengunjung dan kini telah menerima kira-kira 18,000 yuan (AS$2,600) setahun bagi perumahan pelancong.
Pengunjung baru yang dibawa melalui kereta kabel akan membuatkan “lebih mudah untuk mendapatkan wang yang banyak” tetapi dia mengakui ia juga mempunyai kelemahan. Selama hampir satu dekad, kerajaan meminta penduduk kampung untuk keluar dari sana, tetapi Wang menolaknya, takut kehilangan pendapatan utamanya dari penanaman jagung dan penternakan ayam secara percuma.
Juga terdapat kebimbangan bahawa jika mereka keluar dari sana, dan kawasan ini begitu dekat dengan Getu River Park bagi pelawat tiket-berbayar, mereka berkemungkinan tidak akan kembali semula – atau melawatnya.
Wang menjelaskan: “Apabila mereka membuat kawasan pelancongan ini, mereka akan mengenakan caj bayaran masuk, dan saya tidak akan mampu membayar untuk memasukinya yang dahulunya pernah menjadi kawasan rumah saya.”


Jiran Wang, Wei Xiaohong, berharap penambahbaikan ini akan membawa anak-anak muda kembali dari bandar-bandar di mana mereka telah pergi kesana untuk mencari pekerjaan.
Beratus-ratus juta pendatang luar bandar telah berpindah ke kawasan bandar sejak China memulakan pembaharuan ekonomi pada lewat tahun 1970-an, menyaksikan pemindahan secara besar-besaran ke kawasan luar bandar.
Gua ini pernah menempatkan sebuah sekolah dengan mempunyai dua ratus orang pelajar dari pelbagai pelusuk rantau – tidak beratap, seperti beberapa struktur yang terdapat di dalam gua itu yang dilindungi daripada hujan.
Tetapi ia telah ditutup oleh pihak berkuasa pada sedikit masa lalu, dan kini anak lelaki Wei berusia 12 tahun harus berjalan untuk ke sekolah selama dua jam.
Pengurus syarikat pembangunan, nama keluarganya Luo, berkata projek itu akan memulihkan semula kampung ini, yang akan memberi reaksi kepada penghijrahan luar bandar ke bandar.
Rumah-rumah di Zhongdong itu akan diperbaiki, sekolah rendah dipulihkan, dan “longgokan barang-barang yang mengakibatkan kekotaran di dalam” gua itu akan dibersihkan, katanya.
“Dalam lima tahun mendatang, kita akan membina semula bangunan-bangunan asal dan mencipta semula kehidupan primitif (warga lelaki bercucuk tanam dan warga wanita berada di rumah melakukan kerja-kerja di rumah) untuk kunjungan pelancong,” tambahnya.
Tetapi seorang pendaki yang melawat gua itu memberitahu AFP bahawa beliau tidak akan menggunakan kereta kabel setelah ia siap diselenggarakan, dan berkata ia “akan merosakan kawasan ini dan gaya hidup asal mereka.” – AFP