MUKAH, 29 SEPT – Seramai 105 penghuni Rumah Budin di Sungai Duan, Bukut, kira-kira 70km dari sini hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka ranap dalam kebakaran awal pagi hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, panggilan kebakaran di rumah panjang sepanjang 13 pintu itu diterima pada jam 4:16 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Mukah digerakkan ke lokasi.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)