Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pengiktirafan kerajaan Taliban, M’sia tunggu keputusan organisasi a’bangsa

    PUTRAJAYA, 12 JAN – Kerajaan Malaysia sedia membuat keputusan berkaitan pengiktirafan terhadap kerajaan Taliban di Afghanistan sekiranya organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyatakan pendirian berhubung perkara itu.

    Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata setakat ini Malaysia belum membuat sebarang keputusan dan mengambil pendekatan berhati-hati berhubung perkara berkenaan.

    “Buat masa ini belum ada proses untuk mengiktiraf (kerajaan Taliban) dan kita tidak terburu-buru,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat tahun baharu 2022 Kementerian Luar (Wisma Putra), di sini, hari ini.

    Mengenai bantuan kemanusiaan ke Afghanistan, Saifuddin berkata Malaysia sebelum ini sudah berikrar memberikan AS$100,000 kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk tujuan itu.

    Selain itu, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia juga telah menghulurkan bantuan kepada Afghanistan, antaranya Global Peace Mission Malaysia (GPM) yang merupakan antara NGO terawal masuk ke negara itu selepas pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) dari Kabul.

    Taliban mengambil alih pentadbiran Afghanistan pada Ogos, menamatkan kehadiran tentera AS serta NATO selama bertahun-tahun selain menyaksikan pengunduran Presiden Ashraf Ghani. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...