Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengikut IG JLo cecah 219 juta selepas berkahwin

    Penyanyi Jennifer Lopez mencipta sejarah tersendiri apabila kini memperolehi 219 juta pengikut di Instagram (IG) dua hari selepas berkahwin dengan Ben Affleck baru-baru ini.

    Jennifer atau lebih mesra disapa JLo hanya mengikuti 1,410 akaun di IG yang di antaranya adalah rakan-rakan selebriti Nicole Kidman, Resse Witherspoon, Christina Aguilera, LL Cool J dan Ja Rule.

    JLo dan Ben mengejutkan peminat apabila melangsungkan perkahwinan di Las Vegas selepas 18 tahun percintaan mereka terputus di tengah jalan.

    Pasangan itu yang lebih dikenali dengan jolokan Bennifer kembali bersatu sebagai pasangan kekasih dan mengikat tali pertunangan pada April lalu. Pada 2002, Ben pernah membeli cincin pertunangan 6.1 karat namun mengumumkan perpisahan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 2003.- Agensi

    JLo mencipta sejarah tersendiri apabila kini memperolehi 219 juta pengikut di IG selepas berkahwin dengan Ben Affleck. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda