Pengilangan China berkembang 5 bulan berturut-turut

BEIJING, 1 Jan – Kegiatan di kilang-kilang China perlahan dalam Disember namun masih menunjukkan perkembangan lima bulan berturut-turut dalam tanda-tanda terbaru bahawa ekonomi nombor dua dunia itu semakin stabil.

Indeks pembelian pengurusan bulanan oleh Persekutuan Logistik dan Pembelian China adalah 51.4 dalam Disember, tahap kedua tertinggi dalam 2016. Catatan paling tinggi adalah dalam November sebanyak 51.7.

Angka itu melonjak daripada 49.7 dalam Disember 2015.

Indeks itu adalah berdasarkan skala 100 mata dengan tanda skala 50 memisahkan perkembangan daripada kecupan.

Indeks itu disiarkan oleh Biro Statistik Kebangsaan hari ini. Sektor pengilangan China semakin berkembang dalam 2016 susulan permulaan yang tidak mudah, dalam satu tanda menggembirakan bagi ekonomi meluas China. –AP

Pekerja menghasilkan plat bateri di sebuah syarikat di Mukim Ganyu, timur wilayah Jiangsu di China dalam gambar fail pada Oktober ini. Kegiatan pengilangan China meningkat lima bulan berturut-turut sehingga Disember 2016. –Xinhua