Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengimbas cap jari bawah paparan

    PADA permulaan acara Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) Shanghai 2016 minggu ini, Vivo telah menampilkan Under Display Fingerprint Scanning Solution baru yang berasaskan teknologi Qualcomm.

    Setakat ini, tiada peranti Vivo yang mempunyai teknologi pengimbasan cap jari berkenaan dihasilkan, tetapi syarikat itu menunjukkan teknologi tersebut pada peranti-peranti prototaip.

    Vivo Under Display Fingerprint Scanning Solution adalah berasaskan teknologi Qualcomm dan syarikat telekomunikasi berpangkalan di Amerika Syarikat itu, secara berasingan, telah membutirkan penyelesaian pengimbasan cap jari paparan, kaca dan metalnya sendiri pada pameran perdagangan tersebut.

    Qualcomm menunjukkan teknologi pengimbasan cap jari di bawah paparannya sendiri pada acara berkenaan menggunakan Vivo Xplay6.

    Seperti Sensor Cap Jari bagi Paparan Qualcomm, penyelesaian Vivo boleh mengimbas menerusi lapisan paparan OLED setebal 1200-mikron.

    Vivo mendakwa bahawa penyelesaian cap jari di bawah paparannya adalah yang pertama “didemontrasikan oleh pengeluar telefon pintar.”

    Syarikat China itu berkata, oleh sebab Vivo Under Display Fingerprint Scanning Solution tidak memerlukan punat fizikal bagi sensor, ia membolehkan penggunaan “paparan skrin penuh sebenar dan reka bentuk unibody dan pengalisan air mekanikal berintegrasi”.

    Dalam satu kenyataan, syarikat itu menjelaskan, “Dalam pelan R&D Vivo, pengimbasan cap jari tidak akan dilaksanakan oleh punat atau kawasan berasingan. Ia akan dilaksanakan dengan lebih tidak ketara di bawah skrin, di belakang rangka metal atau dalam rangka.”

    Teknologi pengimbas cap jari terbaru itu ditunjukkan para peranti prototaip semasa pameran perdagangan MWC Shanghai 2017.
    Teknologi pengimbas cap jari terbaru itu ditunjukkan para peranti prototaip semasa pameran perdagangan MWC Shanghai 2017.

    Vivo menambah, berasaskan teknologi untrasonik, teknologi pengimbasan cap jari boleh dikembangkan lagi untuk merealisasikan interaksi pengguna, seperti pengecaman pergerakan, pengesahan keselamatan dan bidang-bidang lain, yang akan lebih meningkatkan pengalaman pengguna.

    Pada acara itu, Vivo juga telah mempamerkan Digital Signal Processing (DSP) Photography Solution yang disasarkan bagi fotografi cahaya belakang dan suasana malam serta penyelesaian audio Hi-Fi dengan cip menyahkod DAC yang direka khas.

    Syarikat itu mendakwa, Vivo DSP Photography Solution akan lebih mempertingkatkan fotografi cahaya belakang dan suasana malam.

    Vivo menyatakan bahawa DSP Photography Solution direka untuk membantu pengguna mengambil gambar dengan kualiti tinggi dan pendedahan tepat serta menyesuaikan kecerahan imej untuk menjadikannya lebih sama dengan apa yang dilihat menerusi mata manusia. Kelajuan pemprosesan fotografi juga dipertingkatkan, tambah kenyataan itu lagi.

    Vivo DSP Photography Solution membolehkan telefon-telefon pintar mengambil imej RAW berganda dengan cepat dan juga mengurangkan hingar bagi fotografi malam. Ia juga akan memperbaiki kesan pencantikan Face Beauty Mode Vivo.

    Sementara itu, penyelesaian audio Hi-Fi pula termasuk cip menyahkod DAC yang direka khas baru dan teknologi amplifier fon kepala. Penyelesaian baru ini mempertingkatkan SNR, julat dinamik, gangguan dan kuasa output dengan menyampaikan 122dB SNR, julat dinamik 120dB, gangguan -111dB dan kuasa output 2.2VRms.

    Amplifier fon kepala pula menggunakan teknologi pemprosesan baru untuk memperbaiki kecekapan kuasa serta keseluruhan pengalaman audio.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda