Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengiran Haji Matusin dipilih Naib Presiden AFF

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Presiden Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD), Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan dilantik sebagai Naib Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) penggal 2022 – 2026 semasa Kongres AFF 2022 di Siem Reap, Kemboja, kelmarin.

    Pengiran Haji Matusin akan berkhidmat bersama Maaike Ira Puspita dari Indonesia, dan Francisco Marins da Costa Pereira Jeronimo dari Timor Leste. Mejar Jeneral Khiev Sameth menang tanpa bertanding untuk kekal sebagai presiden bagi penggal kedua.

    Manakala Chris Nikou (Australia), Viphet Sihachakr (Laos), Datuk Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin (Malaysia), Ko Ko Thein (Myanmar) dan Thanasak Suraprasert (Thailand) dilantik sebagai ahli Majlis AFF, sementara Teo Chwee Lian Julie (Singapura) dilantik sebagai ahli Majlis Wanita AFF.

    Gambar ramai ahli yang hadir semasa Kongres AFF 2022 di Siem Reap, Kemboja, kelmarin. – Gambar serahan AFF
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda