Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengiran Jasswandy juara Beyblade X King of Dran Buster

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Pengiran Jasswandy bin Pengiran Haji Abu Bakar daripada Pasukan Underground X (UGX) muncul juara Beyblade X King of Dran Buster sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 tahun, setelah menewaskan Danish Irfan bin Riwi dari Pasukan DBos Beys (DB) dalam perlawanan akhir Beyblade X yang diadakan di Binglu Utara Meragang, sekali gus berjaya membawa pulang hadiah sebuah telefon bimbit.

    Manakala ditempat ketiga disandang oleh Mohd Shahdany bin Haji Mohid dari Pasukan UGX sementara tempat keempat dimenangi oleh Amiruddin bin Haji Abdi Manaf dari Pasukan Jakusha Bladers (JB).

    Sementara itu pemenang hadiah lapan teratas disandang oleh Mainor Azizi dari Pasukan DB, Yusri dari Pasukan DB, Sharizmi Hanis dari Pasukan JB, dan Abdul Malik Sofri dari Pasukan JB.

    Dalam perebutan Liga Jakusha Bladers bagi tahun 2024/2025, Pasukan SA Bladerz terus menungguli carta liga dengan memperolehi 69 mata diikuti Pasukan JB dengan 41 mata, Pasukan DB 38 mata, dan Pasukan UGX memperolehi 34 mata.

    Para pemenang bergambar ramai semasa pertandingan tersebut. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda