Wednesday, July 3, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Pengiran Mohd Mayrodeen menang hadiah utama

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Pengiran Mohd Mayrodeen bin Pengiran Maidin muncul sebagai pemenang utama Kempen Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri BMW yang bermula sejak 1 Mac hingga 31 Mei dalam acara cabutan akhir yang berlangsung di Bilik Pameran QAF Auto, Perindustrian Beribi, hari ini.

    Beliau berjaya membawa pulang tiket penerbangan ke Pattaya, Thailand, selama empat hari dan tiga malam dan berpeluang menimba pengalaman memandu BMW di Pattaya nanti.

    Hadir pada acara tersebut dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bertuah ialah Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo.

    Pada acara berkenaan, sembilan orang finalis yang telah dipilih dalam cabutan semasa sesi berlangsung dan masing-masing telah berjaya membawa hadiah menarik sumbangan QAF Auto.

    Sehubungan itu, QAF Auto juga mengalu-alukan orang ramai untuk sama-sama memeriahkan kempen Minggu BMW X-Travaganza bermula hari ini hingga Ahad pada pukul 10 pagi hingga 4 petang.

    Acara berkenaan bertujuan untuk menawarkan peluang eksklusif bagi para pengunjung menerokai model BMW X baharu.

    Alisa Khoo bergambar ramai dengan pemenang-pemenang bertuah semasa acara berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kes tikam: Remaja 14 tahun ditahan

    SYDNEY, 2 JULAI – Polis Australia telah menahan seorang remaja berusia 14 tahun hari ini ekoran insiden tikaman yang tidak membawa maut, mendorong kampus...